Maria Tunku Sabri bukan disingkir

Maria bukan disingkir
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
2010/02/10

HANYA bersandarkan promosi memperkenalkan hidangan enak di restoran dan kedai makan di seluruh tanah air, siapa sangka program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) mampu menarik penonton.
Diam tak diam, kini penyiaran JJCM masuk musim ke-13.

Bahkan, menyentuh soal rating penonton, JJCM tidak menghampakan. Sejak musim pertama hingga ke-12, boleh dikatakan anggaran penontonnya mencecah lebih sejuta hingga dua juta orang setiap minggu. Disebabkan itu, JJCM berjaya bertahan lama.

Malah, sebut saja mengenai JJCM, pasti nama Maria Tunku Sabri cukup sinonim dengannya. Apapun, bagi menjayakan 13 episod pada musim ke-13 yang memulakan siaran jam 12 tengah hari, Ahad ini, kelibat Maria tiada lagi. Ia digantikan dengan Serina Redzuawan.

Melihatkan pertukaran pengacara itu, apakah Maria disingkirkan? Menjawab persoalan ini, penerbit JJCM ke-13, Che Rozaini Ahmad berkata, Maria tidak disingkirkan sebaliknya program berkenaan memerlukan perubahan. Ini kerana, JJCM sudah lama bersiaran.

“Saya menjadi penerbit JJCM dari musim pertama hingga keenam dan konsepnya sama. “Namun, apabila dipertanggungjawabkan semula untuk JJCM ke-13, saya harus memikirkan perubahan. Jadi, selain konsep berbeza, pengacara pun bertukar.

“Pemilihan Serina dibuat selepas dia menghadiri uji bakat dilakukan. Saya dapati Serina menepati ciri pengacara yang dicari kerana dia mahir mengenai makanan. Malah, Serina juga tidak bersikap ‘diva’. Apapun, Maria atau Serina, masing-masing ada cara tersendiri.

“Namun, bagi konsep untuk JJCM ke-13 ini, ia membawa Serina berkunjung ke setiap restoran kerana mempunyai tujuan seperti meraikan hari jadi seseorang atau bertemu rakan. “Jadi, ketika kunjungan itu, dia (Serina) akan menikmati juadah enak disediakan.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan ke restoran mahu dikunjungi, Serina juga akan singgah di gerai makanan di tepi jalan untuk memperkenalkan menu yang dijual. Secara tidak langsung, fokus bukan saja di restoran besar, tetapi peniaga kecil juga,” katanya.

Ditanya mengenai kisah bayaran yang dikenakan kepada pemilik restoran atau kedai makan yang berminat menyertai JJCM, Che Rozaini tegas memaklumkan tiada sebarang bayaran perlu dibuat. Katanya, soal bayaran yang tersebar itu adalah tidak benar.

Menurut Che Rozaini lagi, apa yang pasti setiap restoran yang dipilih menyertai JJCM diakui keenakan makanan dihidangkan. Katanya, sebelum Serina muncul membuat rakaman, lebih dulu penilaian dilakukan beberapa individu bertanggungjawab.

“Sekiranya terbukti memang hidangan disediakan enak, maka rakaman akan dibuat. Apa yang pasti, kami memilih tempat terbaik kerana tidak mahu penonton tertipu. “Justeru, setakat ini 10 episod sudah siap dirakam,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s