Hasrat perbincangan Pas-UMNO mula kabur

Hasrat perbincangan Pas-UMNO mula kabur

KOTA BHARU – Masyarakat Islam yang mahu dua parti terbesar negara, Pas dan UMNO duduk berbincang mengenai agama seperti dicadangkan sebelum ini mungkin boleh melupakan impian itu apabila perkembangan terbaru menyaksikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bercanggah pendapat.

Terbaru, Nik Abdul Aziz, semalam, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya hanya duduk semeja dengan UMNO bagi membincangkan soal berkaitan dengan agama sahaja tanpa melibatkan isu lain.

Pendiriannya itu sebagai reaksi kepada kenyataan Abdul Hadi yang dua hari lepas berkata perbincangan itu boleh meliputi isu berkaitan politik, agama, ekonomi dan keselamatan negara.

Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan beliau jelas dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan Abdul Hadi.

“Saya tidak mahu campur urusan orang lain, saya hanya nak perbetulkan kenyataan saya sahaja. Yang lain tu dia (Abdul Hadi) punya pasal,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan Abdul Hadi sebenarnya senada dengannya namun ia mungkin diputar belit oleh wartawan.

“Mungkin kenyataan ambo (Nik Abdul Aziz) dengan dia sama, cuma wartawan buat kacau,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincangkan atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

Katanya, kerjasama di dalam politik adalah amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.

“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi Pas,” katanya.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, Pas akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.

“Dalam perkara yang kita boleh bersama seperti isu berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan negara, kita akan bersama kerajaan. Dan sekiranya berlaku perkara yang kita tidak boleh bersama seperti isu royalti minyak, kita akan menegur kerajaan namun kita bersabar,” katanya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz menyempurnakan Majlis Penyampaian Kunci Rumah Dhuafat kepada dua penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dekat Kampung Taman Buaya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s