Datin Seri Rosmah Mansor masih kekal sebagai Canselor UNISEL, sehingga hujung tahun ini MB

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih kekal sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Masih… masih… masih sehingga hujung tahun ini” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman berita web, Malaysiakini, yang memetik Exco Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar sebagai berkata bahawa Rosmah tidak akan dilantik semula sebagai canselor selepas tempoh lantikannya tamat Jun ini.

Jayakumar berkata kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tetapi perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Besar secara tidak rasmi.

Abdul Khalid berkata sama ada Rosmah akan dilantik semula atau tidak sebagai canselor universiti milik kerajaan negeri itu, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah universiti itu. – BERNAMA

Ulasan GB

Kerajaan PR bukan sebusuk kerajaan UMNO BN, cantas sesuka hati.

Teringat kita kepada Tan Sri Sanusi Joned disingkirkan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa oleh kumpulan Pak Lah kerana Sanusi merupakan orang kuat TDM.

Dia sesama dia juga singkir menyingkirkan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s