Bancian populariti MB Perak, Nizar maseh mendahului Zambry

Pakatan Rakyat Perak harus serius dengan data ini kerana imej Zambry boleh dikatakan meningkat dengan begitu cepat dalam tempoh setahun ini. Walaupun Nizar masih menguasai, namun sokongan untuknya kalangan pengundi Melayu merosot. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan sebelum Pilihanraya akan datang.

Meskipun berjaya merampas Perak dengan cara yang penuh kontroversi, namun kepopularan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menunjukkan sedikit peningkatan.

Bagaimanapun, bagi sebahagian besar rakyat Perak, menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling layak menerajui negeri itu.

Menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, yang dikeluarkan hari ini, sempena ulang tahun pertama BN berkuasa, 46 peratus menyokong Nizar manakala Zambry mengekori rapat dengan 44 peratus.

Bancian itu juga menunjukkan di kalangan masyarakat Cina, sokongan kepada Nizar adalah padu. 59 peratus menyokongnya berbanding hanya 16 peratus yang mahukan Zambry.

Di kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi yang diperolehi oleh Nizar.

Kajian oleh Merdeka Centre itu membabitkan sampel 805 orang. Daripada jumlah itu, 382 adalah Melayu, 330 Cina manakala 93 lagi terdiri daripada India.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s