Ajaran sesat di Putrajaya terbongkar

Ajaran sesat di Putrajaya terbongkar

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

SEORANG lelaki (tengah) dipercayai menjadi ketua kumpulan ajaran sesat yang berpusat di kuarters kerajaan di Presint 17, Putrajaya, ditahan bersama-sama 14 pengikut oleh penguat kuasa JAWI dalam satu serbuan awal pagi semalam.

PUTRAJAYA 10 Feb. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berjaya membongkar kegiatan ajaran sesat yang berselindung di sebalik pusat rawatan Islam dalam serbuan di kuarters kerajaan Presint 17 di sini awal pagi ini.

Seorang lelaki dipercayai menjadi ketua kumpulan itu, isterinya dan 14 pengikut ditahan dalam serbuan itu.

Seorang pegawai JAWI ketika ditemui pemberita memberitahu, serbuan pada pukul 1.30 pagi itu berjaya menahan tujuh lelaki dewasa, lima wanita dan empat kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun.

Turut dirampas beberapa peralatan seperti pedang, bendera dan batang besi.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut didapati terpesong daripada akidah Islam kerana dikatakan memberi ‘kelebihan’ kepada pengikutnya melihat nabi dan wali.

“Mereka mempercayai hijab mereka telah dibuka oleh Allah bagi membolehkan pengikut ajaran sesat ini melihat Nabi Adam dan Nabi Sulaiman.

“Pengikut ajaran itu juga mendakwa mereka boleh melihat susuk tubuh nabi-nabi ini,” kata pegawai berkenaan selepas serbuan berakhir pada pukul 4.30 pagi.

Operasi diketuai oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Rohaizan Ismail melibatkan 20 anggotanya dan 15 pegawai polis.

Menurut pegawai berkenaan, ajaran tersebut menggunakan zikir untuk menyembuhkan ‘pesakit-pesakit’ yang datang mendapatkan rawatan daripada ketua kumpulan terbabit.

Tambahnya, ketua kumpulan ajaran sesat tersebut merupakan seorang bomoh dan mempunyai isteri yang bekerja sebagai kakitangan awam.

Ajaran tersebut juga mendakwa kitab yang dimiliki mereka mempunyai petunjuk yang lebih jelas berbanding al-Quran selain mempunyai para pengikut dari benua Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 4 Doktrin Palsu, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 dengan denda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali.

“Mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 6 Dakwaan Palsu yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujar pegawai tersebut.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s