Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes

Peguam Anwar mohon hakim baru bicara kes

KUALA LUMPUR – Prosiding perbicaraan hari keempat kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di :Mahkamah Tinggi di sini, semalam ditangguhkan apabila Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan, mengemukakan permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah, yang mendengar kes anak guamnya itu dilucutkan.

Karpal dalam hujahnya berkata, permohonan itu dikemukakan setelah pihak pembelaan tidak puas hati dengan keputusan hakim itu kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia :berhubung perbicaraan kes itu.

Sehubungan itu, Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan kes itu pada jam 9.30 pagi ini bagi mendengar permohonan pembelaan.

Sementara itu, dalam afidavit Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan, :Utusan Malaysia: bertarikh 4 Februari 2010 menerbitkan artikel di bawah tajuk berwarna kuning berkaitan kesnya yang didakwanya menghina mahkamah.

Barisan pembelaan memohon akhbar arus perdana itu dikenakan tindakan menghina mahkamah. Bagaimanapun menurutnya, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan pembelaan atas alasan artikel itu tidak dilakukan di hadapan mahkamah dan tidak diterbitkan dengan niat jahat untuk menganggu prosiding mahkamah di mana dengan jelas tiada sebarang keterangan di dalam afidavit atau sebaliknya yang menunjukkan niat tersebut oleh :Utusan Malaysia.

Turut dinyatakan, pada 5 Februari 2010, akhbar itu sekali lagi didakwa dengan secara prominen menerbitkan sekeping gambar dengan kapsyen yang sekali lagi didakwa menghina mahkamah.

Berhubung penerbitan itu, Anwar mendakwa peguamnya memohon kepada hakim yang sama memberi amaran kepada Utusan Malaysia. Beliau menyatakan, peguamnya menekankan kapsyen tersebut merujuk kepada katil dan bukannya tempat di mana kesalahan dikatakan berlaku dan oleh itu, artikel tersebut didakwa adalah tidak tepat dan juga merujuk kepada prosiding yang telah pun diadakan secara tertutup.

Beliau mendakwa hakim tersebut tidak memberi amaran kepada Utusan Malaysia dan secara mengejut memutuskan penerbitan gambar itu adalah sebagai keterangan berkenaan katil yang mana keterangan mengenainya telah pun diberikan pada hari sebelumnya.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula Rabu lalu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

SINAR HARIAN

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s