Kes liwat, Permohonan atas dasar tidak puas hati – Mohd. Yusof

Permohonan atas dasar tidak puas hati – Mohd. Yusof

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah membuat keputusan dengan bebas dan berdasarkan fakta serta undang-undang ketika menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden turut mendakwa tidak ada sebarang tindakan beliau yang boleh membawa kepada kesimpulan bahawa hakim Mahkamah Tinggi tersebut tersilap dalam keputusannya.

Justeru, dakwa beliau, permohonan Ketua Pembangkang itu agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwatnya dibuat atas dasar tidak puas hati dengan keputusan hakim tersebut.

Dengan itu, Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan memohon supaya permohonan Anwar itu ditolak dengan alasan ia tidak mempunyai merit dan kewajaran, remeh serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Perkara itu terkandung dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Mohd. Yusof terhadap permohonan Anwar tersebut. Afidavit jawapan itu difailkan petang ini.

Perbicaraan kes liwat yang sepatutnya bersambung hari ini dengan sesi soal balas terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan terpaksa ditangguhkan kerana Anwar mengemukakan permohonan supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar kes itu atas dakwaan wujudnya elemen berat sebelah

Permohonan Anwar itu dibuat berdasarkan keputusan hakim tersebut yang tidak mengambil tindakan menghina mahkamah atau memberi amaran terhadap Utusan Malaysia.

Mohd. Yusof dalam afidavit jawapannya juga mendakwa, Karpal membuat kesimpulan yang salah atas ajakan beliau untuk bertemu dengan hakim tersebut.

Ini kerana, menurutnya, ajakan tersebut adalah untuk meminta hakim tersebut memberi ingatan kepada para wartawan berhubung laporan akan datang.

“Saya mengakui ada bertemu dan bercakap dengan Karpal apabila hakim menangguhkan prosiding dan menyatakan tiada unsur menghina mahkamah dalam laporan yang dinyatakan.

“Karpal menyatakan beliau bukan mahukan wartawan Utusan Malaysia berkenaan didapati menghina mahkamah tetapi cuma mahu wartawan berkenaan diberi teguran.

“Saya bersetuju hakim wajar memberi ingatan kepada wartawan untuk bertanggungjawab dan berhati-hati dalam laporan. Saya selanjutnya menyatakan perjumpaan dengan hakim bukanlah untuk mengubah keputusan tetapi untuk meminta hakim memberi ingatan,” katanya.

Dalam afidavit jawapan itu, beliau turut menafikan ‘timbul rasa kurang selesa dan khuatir’ kerana membantah pada awalnya tetapi lebih kepada keprihatinannya tentang perlu laporan dibuat dengan betul.

Mohd. Yusof turut menyatakan, sepanjang ingatannya, Mohd. Saiful Bukhari dalam keterangannya ada menyebut bahawa dia tidak rela diliwat lagi.

Perkara tersebut juga telah dinyatakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu sewaktu membalas hujah Karpal sebelum ini.

Beliau turut menyatakan, sebelum wartawan Utusan Malaysia boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah, hakim perlu memutuskan sama ada laporan tersebut ‘terjumlah kepada menganggu proses keadilan yang menjurus kepada perbicaraan yang adil’.

Selain itu, mahkamah perlu memutuskan sama ada laporan tersebut dibuat dengan niat jahat.

Beliau turut menafikan bahawa keputusan-keputusan hakim tersebut membawa kepada elemen berat sebelah dan menyimpang jauh daripada tahap yang diperlukan oleh undang-undang dalam memastikan keadilan.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s