Darah dicadar sepadan Mantik

Darah dicadar sepadan Mantik

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 8 Feb. – Hasil analisis yang dijalankan menerusi kaedah profil asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati kesan darah yang ditemui pada sehelai cadar adalah sepadan dengan spesimen darah milik pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani.

Ahli kimia, P. Revathi yang bertugas di Makmal Serologi/DNA, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia berkata, keputusan itu diperoleh menerusi teknik Polymerase Chain Reaction-Short Tandem Repeat (PCR-STR).

Katanya, kaedah pengesanan yang diguna pakai oleh makmal DNA di serata dunia itu mematuhi garis piawaian antarabangsa.

”Menerusi analisis yang dijalankan, saya mendapati satu profil DNA perempuan telah diperoleh daripada kesan darah yang diambil pada cadar.

”Hasil perbandingan, saya mengesahkan profil DNA itu adalah sepadan dengan profil DNA daripada spesimen darah berlabel Mulkuty@ Muntik Hani,” kata Revathi.

Revathi, 30, berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan kes penjual air tebu, A. Murugan, 35, yang didakwa membunuh Mantik, 36.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober tahun lalu.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 26 Oktober tahun lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Menurut Revathi, profil DNA yang diperoleh daripada kesan darah pada calitan lain pula adalah lemah dan tidak sesuai untuk perbandingan.

Katanya, profil DNA yang diambil daripada rambut dan kesan darah pada satu lagi calitan tidak berjaya diperoleh atas sebab yang sama.

Ini kerana ujar Revathi, kadar kandungan DNA spesimen tersebut berada di bawah paras yang ditetapkan oleh garis panduan.

Selain daripada itu, menurut Revathi, terdapat juga sampel bahan bukti yang tidak menyumbangkan profil DNA selepas dianalisis kerana kandungannya terlalu lemah.

Jelas saksi, 26 bahan bukti yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis telah diberikan kepada rakan setugasnya, Abdul Hai Tarmizi untuk dikembalikan kepada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan (ASP) Ahmad Tarmudi pada 26 Oktober 2009.

Dalam keterangan sebelum ini, Asisten Supritendan (ASP) Zainol Hisham Abu iaitu Juruanalisis Tempat Kejadian Jenayah dari Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras memberitahu, beliau menemui kesan darah di atas lantai tandas serta kerangka pintu serta beberapa helai rambut di rumah tertuduh.

Sementara cadar pula diambil dari rumah bekas majikan Mantik, Puah Hooi Sueew di No. 2, Jalan Datuk Shahbudin 5, Taman Sentosa.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa bersambung esok.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s