Tiga lelaki mengaku tidak bersalah bakar gereja dan sekolah

TAIPING – Tiga lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints pada 10 Jan lepas di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, kesemuanya dari Kamunting dekat sini, sebelum ini telah menghadapi tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di sini.

Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent di Jalan Convent di sini antara antara 12.01 pagi dan 3.30 pagi, manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari di sini, juga pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama. – Bernama

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s