Askar hantar SMS tak jadi kahwin 2 hari sebelum sanding

Askar hantar SMS tak jadi kahwin 2 hari sebelum sanding
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

TETAMU beredar selepas keluarga pengantin perempuan mengadakan kenduri doa selamat menggantikan majlis perkahwinan yang terpaksa dibatalkan di Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat.

BATU PAHAT: Impian seorang anggota tentera wanita bernikah dan bersanding dengan jejaka idamannya hancur berkecai apabila lelaki berkenaan tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka, dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung dengan alasan tidak mempunyai sijil kursus pernikahan.

Pembatalan perkahwinan berkenaan menyebabkan bakal pengantin, Nor Adriana Hanim Hairudin, 25 yang bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, berasa trauma dan tertekan sehingga beliau mengurung dirinya selama tiga hari berturut-turut di dalam bilik.

Lebih mengharukan, majlis persandingan berkenaan terpaksa diteruskan kelmarin apabila tetamu mula hadir ke rumah ibu bapanya tetapi ia terpaksa ditukar sebagai majlis doa selamat. Keadaan tambah kalut apabila bapa Nor Adriana, Hairudin Ahmad, 50, tiba-tiba pengsan akibat terlalu sedih dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

Hairuddin yang bekerja sendiri ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga bukan saja malu malah rugi besar dengan kejadian itu.

“Kami sudah mengedarkan 1,500 kad jemputan bagi majlis persandingan, Sabtu lalu (kelmarin). Semua perbelanjaan juga sudah dilangsaikan secara tunai membabitkan makanan, khemah, andaman dan beberapa persiapan lain berjumlah lebih RM15,000.

Ibu mangsa, Ramiton Maidin, 47, pula ketika ditemui berkata, pembatalan perkahwinan anaknya itu bermula selepas dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal menantunya yang berusia 26 tahun dan bertugas di Kem Rejimen Pertama Armo Diraja, Kuantan, Pahang, ketika bekerja pada kira-kira jam 1.30 petang, 1 Februari lalu.
ADIK kepada Nor Adriana, Norazman, 23, menunjukkan salinan sijil kursus perkahwinan palsu bakal suami kakaknya sebelum membatalkan majlis perkahwinan.

“Dia (bakal menantu) meminta majlis pernikahan yang dijadualkan pada 5 Februari dan persandingan pada 6 Februari, ditunda kepada 7 dan 8 Februari kerana masih belum boleh menghantar pelbagai dokumen pernikahan yang diperlukan, atas alasan pegawai bertugas belum menyerahkan kepadanya.

“Saya memberitahu dia, kami tidak boleh menunda tarikh berkenaan kerana sudah terlalu hampir, selain pelbagai persediaan sudah dilakukan termasuk pelbagai perbelanjaan,” katanya.

Ramiton berkata, pada 2 Februari, dia, suami dan Nor Adriana bertolak ke Kuantan untuk menemui lelaki berkenaan bagi mengetahui masalah sebenarnya tetapi tidak dibenarkan masuk ke kem. Mereka kemudiannya menerima SMS daripada lelaki itu yang berjanji akan menghantar dokumen berkenaan keesokan harinya.

Mereka kemudian menerima panggilan daripada seorang pegawai tentera kem di Kuantan yang bertanyakan pernahkah lelaki itu meminta majlis perkahwinannya ditangguhkan sejak Januari lalu.

“Saya katakan tidak dan menghantar SMS pembatalan perkahwinan yang diberikan lelaki itu kepada pegawai berkenaan sebagai bukti. Esoknya, kami menemui pegawai itu dan hasil perbincangan, kami mendapat tahu bakal menantu ini tidak pernah mengikuti kursus perkahwinan mahupun memohon cuti untuk bernikah.

“Esoknya, makcik tanya dia sama ada mahu bernikah dengan Nor Adriana atau tidak, dia menjawab tidak mahu. Sejak itu, semua perhubungan dilakukan menggunakan SMS dan apabila cuba dihubungi, dia tidak menjawab panggilan,” katanya.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s