Kes liwat 2 Saiful disoal balas hari ini

Saiful disoal balas hari ini

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

MOHD. SAIFUL menerangkan sesuatu kepada Mohd. Yusof (tengah) ketika membuat lawatan ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertambah hangat apabila pihak pembelaan dijangka melakukan soal balas terhadap pengadu kes liwat tersebut, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Setelah tiga hari berturut-turut memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama, Mohd. Saiful, 25, selaku saksi pertama pendakwaan akan disoal balas oleh peguam Karpal Singh yang mengetuai barisan pembelaan Anwar.

Karpal dibantu anaknya, Ramkarpal, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabhakaran, S.N. Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd. Razlan Jalaluddin.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes tersebut berlangsung di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah

Pihak pendakwaan pula diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan dibantu Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.

Mohd. Yusof selesai melakukan pemeriksaan utama terhadap Mohd. Saiful pada Jumaat lalu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Bekas pembantu peribadi kepada Anwar itu dalam keterangan yang diberikan sejak 3 Februari lalu mendedahkan bahawa Anwar meminta untuk meliwatnya di unit kondominium tersebut pada petang 26 Jun 2008.

MOHD. SAIFUL (kanan) mendengar sesuatu daripada pasukan mahkamah ketika lawatan ke Kondominium Desa Damansara. Anwar (dalam bulatan) juga berada di kondominium tersebut.

Unit kondominium itu dimiliki rakan baik Anwar bernama Hasanudin.

Ekoran kejadian tersebut, Mohd. Saiful mendakwa telah melakukan pemeriksaan di tiga buah hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta membuat laporan polis dua hari kemudian.

Selain 10 sampel diambil daripada tubuh badannya, pengadu itu juga memberitahu dia telah menyerahkan barang-barang kes kepada polis antaranya seluar panjang pemberian Anwar dan sehelai seluar dalam, kedua-dua didakwa dipakai sebelum diliwat.

Mohd. Saiful turut menyerahkan sejenis gel pelincir organ seks yang didakwa digunakan ketika perlakuan luar tabii tersebut berlaku.

Antara yang menimbulkan kelucuan galeri mahkamah adalah apabila bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu memberitahu dia tidak membuang air besar selama dua hari iaitu dalam tempoh masa diliwat dan sehingga membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan Mohd. Saiful bahawa Anwar membuat tawaran untuk membiayai pelajarannya dan pada masa sama turut menerima gaji dan elaun jika dia membatalkan hajatnya daripada berhenti kerja.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s