Giliran Karpal soal balas Saiful hari ini

Giliran Karpal soal balas Saiful hari ini

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah menarik esok apabila saksi utama pendakwaan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan disoal balas oleh peguam Karpal Singh.

Mohd. Saiful Bukhari, 25, yang membuat laporan polis mengenai kejadian liwat itu pada 28 Jun 2008 sudah pasti akan diasak bertubi-tubi melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam utama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Pemeriksaan balas tersebut dijangka mengambil masa berhari-hari kerana pihak pembelaan sudah tentu menggunakan peluang berkenaan untuk membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu tidak bersalah mengikut pertuduhan.

Mohd. Saiful Bukhari pula pasti menggunakan ruang itu untuk mempertahankan dirinya setelah pelbagai tohmahan dilemparkan ke atasnya selama ini termasuk dimaki hamun oleh penyokong pemimpin pembangkang itu semasa lawatan ke lokasi kejadian Khamis lepas. Perbicaraan yang bermula 3 Februari lalu masuk hari keempat esok.

Peguam Zambri Idrus merupakan peguam pemerhati mewakili Mohd. Saiful Bukhari.

Pada Jumaat ini pula, perbicaraan mungkin ditangguhkan kerana pada hari tersebut, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sepanjang tiga hari perbicaraan kes itu menyaksikan pelbagai pendedahan dibuat melalui keterangan Mohd. Saiful Bukhari termasuk Anwar pernah berkata: “Can I f**k you today?” dan memeluknya ketika dalam keadaan hanya memakai tuala putih semasa di dalam Kondominium Desa Damansara.

Saksi pendakwa pertama itu juga mendedahkan bahawa Anwar menawarkannya untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa tidak kira di mana dan dalam masa yang sama memperoleh gaji penuh serta elaun ketika dia menyatakan hasrat untuk berhenti kerja dengan majikannya itu.

Selain pernah dihadiahkan seluar panjang hitam, Anwar didakwa memberi elaun sebanyak AS$1,000 (RM3,400) dan 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) sewaktu bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu bekerja dengan beliau dalam tempoh empat bulan sahaja.

Dalam keterangannya juga, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, dia berminat bekerja dengan Anwar kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berkarisma dan menjadi idolanya sejak kecil.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s