Ayat power dan umpan VIP untuk mengheret artis ke ranjang

KUALA LUMPUR: Kisah golongan kaya dan VIP cuba memikat artis memang kerap diperkatakan, namun tidak ramai mengetahui taktik mereka ‘mengayat’ (memujuk) artis yang diminati dengan berbekalkan kemewahan masing-masing.

Penyanyi baru, Alyah pula ditawar RM35,000 untuk menyanyi dua lagu tapi ada tugas tambahan iaitu menemani orang tertentu sehingga awal pagi manakala pelakon, Abby Abadi diumpan dengan tawaran ‘minum teh’ di luar negara.

Selain itu, pelakon lelaki yang juga bekas model, Fizo turut menjadi sasaran apabila beberapa wanita seusia ibunya, menawarkan kereta mewah jika dia setuju untuk menemani wanita itu bercuti di luar negara.

Ikuti pengalaman artis terbabit yang menceritakan lebih lanjut mengenai ‘ayat power’ dan umpan yang ditawarkan VIP untuk menjerat mereka.

ROZITA CHE WAN, 36:

“Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja.

Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jika berubah fikiran.

Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara. Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya.

Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.”

NOOR HASLIAH ABU HASAN ATAU ALYAH, 29:

“Saya menerima tawaran membuat persembahan dengan bayaran RM35,000 hanya untuk dua lagu. Bagi saya itu terlalu lumayan, jadi saya bertanya lebih lanjut dan mereka maklumkan ada tugas tambahan untuk saya iaitu menemani orang tertentu berhibur selepas saya selesai menyanyi.

Dalam satu kejadian lain, saya ditawarkan RM15,000 untuk menyampaikan dua lagu di Jakarta. Harga itu saya rasa setimpal. Namun, selepas sampai di sana, selain diberi jadual menyanyi saya turut diberi jadual menemani pihak tertentu hingga jam 5 pagi.

Terkejut dengan perkara itu, saya terus beli tiket dan pulang ke Malaysia tanpa melakukan sebarang persembahan. Saya yakin, ia cuma satu daripada taktik digunakan golongan kaya itu untuk menjerat artis seperti saya.”

WAN HAFIZOL OMAR ATAU FIZO , 25:

“Sejak serius dalam industri hiburan beberapa tahun lalu, dugaan godaan daripada wanita kaya cukup ‘menakutkan’ dan sepanjang tempoh itu, saya menerima kira-kira 20 tawaran hidup mewah sekelip mata.

Jika dijumlahkan, mungkin ia mencecah jutaan ringgit kerana tawaran diajukan, termasuk kenderaan mewah, rumah besar, wang ringgit dan ada lebih hebat lagi, apa saja yang saya mahukan sanggup ditunaikan.

Wanita terbabit pula berusia antara lingkungan 30-an hingga 40-an, boleh dianggap sebagai mak cik atau ibu, dan menggunakan orang tengah untuk memancing saya.

Sebelum menceburkan diri dalam industri hiburan, saya berada dalam dunia peragaan dan ketika itu, ada juga tawaran tetapi ia menjadi lebih ‘rancak’ selepas bergelar artis.

Bukan mudah untuk mengelak tetapi saya cuba bercakap secara sopan dan normal kerana mahu menyelesaikannya dengan baik. Tawaran pula dibuat melalui perhubungan terus menggunakan orang tengah atau e-mel peribadi saya.

Kebanyakan tawaran itu mahu saya berurusan dengan mereka di luar negara. Mungkin kerana mereka anggap cara itu lebih selamat.

Setakat ini, walaupun ada kalanya terasa hidup agak sukar, saya tetap menjaga maruah dan mengelak daripada terjebak dengan gejala negatif seperti itu.

ABBY ABADI, 31:

“Taktik yang pernah mereka gunakan untuk menjerat saya ialah tawaran menemani seorang jutawan untuk minum teh di sebuah negara Eropah. Apa maksudnya ‘minum teh di luar negara’ itu? Saya percaya ia bukan minum teh biasa tapi ada tujuan lain yang tidak bermoral.

Oleh itu, saya menolaknya mentah-mentah. Selain itu, saya juga berkali-kali ditawarkan pakej melancong ke mana-mana destinasi luar negara dengan nilai ratusan ribu ringgit untuk bersama jutawan berlainan dengan dijanjikan pelbagai kemewahan ketika bercuti.

Ia juga saya tolak kerana dapat merasakan ia bukan satu tawaran yang jujur sebaliknya ada niat tersembunyi.

Biasanya, individu terbabit menggunakan orang tengah untuk mengatur tawaran itu. Lebih teruk lagi, ada pelakon yang turut terbabit mengatur untuk ‘mendapatkan’ saya.

Ada juga yang mengirim SMS menyatakan hajat untuk rapat serta tawaran tidak masuk akal. Ada yang saya balas untuk menolaknya dan ada juga yang saya biarkan terus kerana sudah muak dengan perkara seperti itu.

PELAKON WANITA YANG MINTA NAMANYA DIRAHSIAKAN (Artis X):

“Cubaan untuk memerangkap saya menjadi pemuas nafsu berlaku beberapa kali pada 2009 dan tawaran paling hebat pernah saya terima ialah upah RM60,000 sejam untuk tugasan membuka botol dan menuangkan minuman keras.

Ada jutawan dari luar negara yang meminta saya menemaninya untuk sesi makan malam. Orang tengah yang menghubungi saya meminta saya memakai pakaian berwarna merah kerana jutawan terbabit mengatakan dia meminati gambar saya di majalah berpakaian warna itu.

Bayarannya pula cukup lumayan dan cukuplah saya katakan tidak perlu bekerja untuk setahun. Saya juga dimaklumkan pengantara lain ada kumpulan jutawan menjadikan saya bahan taruhan.

Maksudnya, jika saya setuju keluar dan melayani mana-mana jutawan terbabit, yang menang akan mendapat habuan mencecah jutaan ringgit.

Saya pernah bertanyakan pengantara bagaimana mereka mendapat nombor telefon serta maklumat peribadi lain dan jawapannya cukup memeranjatkan.

Ia diberikan seseorang dalam industri hiburan dan hanya kerana menyerahkan nombor telefon saja, individu itu menerima habuan RM100,000.

Bayangkan jumlah wang yang sanggup mereka laburkan untuk mendapatkan kepuasan daripada artis seperti saya. Jika saya tidak fikirkan rezeki halal, pasti saya gelap mata dan hidup dalam dunia serba mewah.

Saya tidak mahu itu semua. Cukuplah dengan rezeki yang ada kerana perkara seperti itu tidak berkekalan. Kini, masih ada yang mencuba tetapi saya tetap menolak.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s