Sarjan polis mati dilanggar pemandu mabuk

Sarjan polis mati dilanggar pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dilanggar oleh pemandu mabuk ketika mengawal keadaan lalu-lintas di Jalan Chan Sow Lin di sini berikutan kemalangan yang membabitkan enam buah kereta lain awal pagi tadi.

Harjit Singh, 50, yang bertugas sebagai penyelia kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dilanggar oleh sebuah kereta Hyundai Getz yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.

“Pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan secara melulu,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Pemandu kereta yang berumur 27 tahun itu cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas sejurus selepas kejadian di kawasan berhampiran.

“Pada waktu itu berlaku kemalangan membabitkan enam buah kereta di Jalan Chan Sow Lin.

“Beliau dan seorang lagi anggota kemudiannya turun padang untuk mengawal trafik di kawasan kemalangan.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah hadapan yang dipandu seorang lelaki lalu merempuh Harjit sebelum melanggar sebuah lagi kereta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jenayah “Balik Kampung” di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Harjit Singh meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

“Harjit patah tulang rusuk. Beliau dijangka dikebumikan Isnin ini kerana menunggu salah seorang anaknya yang belajar di Rusia pulang ke Malaysia,” katanya.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berumur antara 13 hingga 24 tahun. – Bernama

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s