Bayaran Pelacur Remaja Bangladesh Cuma RM1.80 Sahaja

DHAKA – Terdapat kira-kira 900 remaja perempuan dengan sebahagian daripada mereka berusia seawal 12 tahun hidup sebagai pelacur di kawasan setinggan di Tangail.

Dikenali sebagai setinggan Kandapara, kawasan ‘panas’ itu menjadi tumpuan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu petang.

Pelacur-pelacur remaja itu yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran serendah AS$0.60 (RM1.80) dipaksa mengambil dadah steroid agar mereka kelihatan lebih dewasa.

“Saya lebih berisi setelah mengambil ‘ubat’ ini (steroid) dan dapat melayan sehingga 15 pelanggan sehari,” kata seorang pelacur berusia 17 tahun yang mahu dikenali sebagai Hashi.

Menurutnya, kebanyakan pelacur remaja di sini diumpan sindiket pelacuran yang kemudian menjual mereka kepada ibu ayam.

Dia memperoleh pendapatan kira-kira AS$9.75 (RM29.80) hingga AS$12.19 (RM37.26) sehari dengan jumlah pelanggan antara 15 hingga 20 pelanggan.

Seorang lagi pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 17, memperoleh pendapatan antara AS$3.66 (RM11.18) hingga AS$6.11 (RM18.67) sehari apabila dia melayan seramai 15 hingga 20 lelaki.

Pendapatan pelacur tersebut menjadi hak ibu ayam yang mengeluarkan wang bagi membeli mereka.

Beberapa pelacur yang sudah berusia atau tidak lagi kelihatan cantik memilih untuk tinggal di Kandapara kerana bimbang akan dipulau jika mereka kembali ke pangkuan masyarakat. – Reuters

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Nenek 76 tahun bunuh suami kerana engan bersetubuh

Kerana engan bersetubuh, Petrus Nabu (76) tewas di tangan isterinya, Regina Patola (76) di kediaman mereka di Fatubijae, Kecamatan Polen, Kabupaten Timor Tengah Selatan, Nusa Tenggara Timur (NTT) .

Korban meninggal dunia dalam keadaan bogel di dalam rumah bulat yang bersebelahan dengan rumah tinggal mereka.

Anak tiri korban, Saulus Anin (45), yang ditemui Pos Kupang di Bilik Jenazah RSUD SoE, mengatakan, sekitar pukul 16.00 petang,
dirinya keluar dari rumahnya yang jarak lebih kurang 200 meter untuk menjenguk kedua orangtuanya.

Setiba di rumah orangtuannya itu, dia menemukan ibunya Regina Patola tertidur di luar “rumah bulat” di atas bangku. Dia lalu membangunkan ibunya dan menanyakan di mana bapanya. Namun mamanya hanya berdiam diri. Dia cuba memanggil bapanya beberapa kali, tetapi tidak ada jawapan. Namun dia melihat bapanya yang sudah meninggal dunia dan tak bersuara lagi.

Anin menduga mamanya yang sudah lama mengalami gangguan jiwa telah membunuh suaminya itu. Sebelum itu, mamanya pernah menggigit salah satu telinga suami ketiganya itu hingga putus dan pernah juga membakar rumah mereka sendiri.

Polis telah membawa jenazah korban bersama barang bukti dan saksi, Regina Patola, isteri korban.

Menurut Sole, korban meninggal akibat luka robek pada kepala bahagian kanan dan kedua pelipis kiri dan kanan. Juga luka robek pada pergelangan tangan dan putusnya jari telunjuk tangan kanan serta luka robek pada pergelangan kaki kanan.

Ketika disiasat, kata Soleh, isteri mangsa mengaku menghabiskan nyawa suaminya kerana menolak hubungan intim. Dia menggunakan parang milik suaminya untuk memotong mangsa hingga tewas.

Kerana jawabannya sering berubah-ubah, lanjut Sole, polis belum boleh memastikan pelaku pembunuhan. Polis masih terus melakukan penyiasatan.

“Berdasarkan informasi yang diperoleh, pelaku pembunuhan itu mengarah kepada isteri mangsa. Dan, untuk sementara isteri mangsa ditahan di Polres TTS untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut,” katanya.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pengantin sukar bersetubuh kerana zakarnya panjang

Sukar buat seks dengan isteri kerana zakar panjang (16 sentimenter)

SOALAN

SAYA baru mendirikan rumah tangga. Saya memiliki zakar berukuran panjang 16 sentimeter (sm) dan ukur lilit 12 sm. Masalahnya sekarang, kami sukar memulakan hubungan kerana zakar saya susah untuk dimasukkan. Apakah kerana saiz zakar saya atau mungkin saiz isteri saya menyebabkan masalah ini?

HATTA
Kluang, Johor

JAWAPAN

Zakar berukuran sederhana seperti 10 sm ketika erek dan 10 sm ukur lilit juga sukar disalurkan ke dalam faraj jika wanita itu tidak memberi kerjasama seperti melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut, sebaliknya melonggarkan dengan mengembangkan otot pembukaan faraj.

Malah dalam keadaan seriau, proses rangsangan anggota sulit perempuan tidak membina. Tisu pengembang anggota sulit wanita menjadi kurang elastik dan kekurangan bahan pelicin atau kelembapan faraj menjadikan sukar menyalurkan zakar yang erek ke dalam faraj.

Jika wanita itu dapat rangsangan mencukupi dengan anggota sulitnya mengembang dan bibir besar dan kecil lega dan meluas sambil wujud lelehan dari pembukaan faraj, mudah untuk zakar yang erek itu masuk.

Sama juga dengan zakar yang berukuran seperti anda. Jika anggota sulit perempuan mengembang dan lelehan cecair mencukupi, ia mudah masuk. Sedangkan bayi yang besar itu boleh keluar, inikan pula zakar yang jauh lebih kecil berbanding bayi.

Guna banyak bahan pelembap dan pastikan pembukaan faraj lega dan terdedah. Sekali sudah masuk, lain kali akan jadi biasa saja.

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Isteri tidak puas dipancut suami

SAYA berumur 40 tahun dan berkahwin 17 tahun. Masalah saya ialah isteri mengadu tidak puas dalam hubungan kelamin kerana sering gagal merasai pancutan air mani dalam rahim.

Bagaimanapun, isteri mencapai klimaks setiap kali melakukan hubungan kelamin, cuma dia tidak puas hati dengan pancutan air mani yang tidak terasa.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula pancutan hebat itu.

HISHAM
Kulai, Johor

Faraj wanita berkemampuan menghayati sensasi getaran, tekanan atau kekembangan dan sensasi sentuhan. Jika wanita itu biasa mendapat sensasi berkenaan, pasti dia terasa kekurangan kerana kurang menikmati sensasi kegemarannya walaupun hubungan kelamin itu dinamik serta lancar.

Jika pancutan air mani tidak dinamik, ia meleleh atau keluar tanpa tenaga dan jika faraj wanita longgar atau kurang langsing, perasaan kekembangan yang biasa dihayatinya tidak berlaku.

Bagi mendapatkan semula sensasi itu, wanita perlu menguatkan kemutan untuk mencengkam zakar pasangan dan pasangan pula perlu gerakkan ereksi dengan mengemut (cengkam otot lubang najis dan lubang kencing) sebelum berdayung dalam keadaan kemut dengan zakar kekal dalam faraj.

Ia bagi memastikan cengkaman faraj kepada zakar padat, seterusnya apabila lelaki itu klimaks, pancutan yang berlaku pasti keluar secara dinamik dan selanjutnya memberi perasaan pancutan, iaitu sensasi kekembangan kepada wanita.

Dinasihatkan anda dan pasangan amalkan senaman kemut atau Kegel supaya otot kemut kukuh, seterusnya menjamin hubungan seksual lebih menyelerakan.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

7 sebab lelaki cepat pancut di ranjang

Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi.

1.Keyakinan yang rendah

Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut. Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

2. Zakar yang terlalu sensitif

Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.

3. Tidak pandai bersetubuh

Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

4. Kurangnya ilmu mengenai organ seksual wanita

Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

5. Tertekan

Perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

6. Tidak cukup terangsang

Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

7. Marah

Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.
Jika anda dapat elak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami masalah cepat pancut.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Wanita dan lelaki Singapura kuat bersetubuh

SINGAPURA: Lelaki dan wanita Singapura mahu hubungan seks yang lebih kerap dan lebih baik, menurut kajian syarikat perubatan Pfizer.

Kajian Seks Ideal Asia menunjukkan lelaki secara purata ingin berasmara 3.5 kali dalam tempoh sebulan manakala wanita 1.8 kali hubungan sedemikian dalam tempoh yang sama.

Rata-rata, lelaki yang ditinjau berkata kekerapan hubungan seks yang sesuai adalah 8.7 kali sebulan. Bagi kaum wanita pula, kekerapan yang ideal adalah 7.3 kali sebulan. Perangkaan itu lebih tinggi daripada purata 5.2 dan 5.5 kali yang dilakukan oleh pasangan di sini setiap bulan.

Pakar Urologi Kanan di Gleneagles Hospital, Profesor Peter Lim, berkata topik berkaitan hubungan seks bukan lagi sesuatu yang ‘pantang’ diperkatakan.

“Ia topik yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan bagi lelaki dan wanita,” kata Prof Lim.

Selain keinginan seks yang meningkat, kajian dijalankan Pfizer itu mendapati penduduk Singapura meletakkan kepentingan yang tinggi dalam usaha meningkatkan tahap kepuasan seksual.

Firma Pfizer menghasilkan antara lain ubat Viagra yang berupaya mengatasi masalah mati pucuk. – Agensi

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Wanita cepat puas dengan lelaki kacak

Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap’ mencapai kepuasan ketika berasmara, lapor berita Agensi.Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena-mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan bahawa wanita mahu berasmara untuk hamil.

Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya.

Responden lelaki kacakdiukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita.Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding dengan pasangan yang kurang kacak.Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih kerap mencapai kepuasan ketika atau selepas ejakulasi lelaki. Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka.

“Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki kacak dan maskulin,” kata penulis dalam kajian yang disiarkan Jurnal Evolution and Human Behaviour.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen