Lelaki pitam dirogol 3 wanita

HARARE – Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

“Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya,” kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

“Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit,” kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

“Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening,” kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. – AFP

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Lelaki pitam dirogol 3 wanita

  1. FiNa says:

    Ahahaha… kelakar la pulak….

  2. taslyena says:

    dah tak karuan kot…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s