Nafsu kuda wanita Arab gebu di Malaysia

KUALA LUMPUR: Hanya melalui lirikan mata dan senyuman manja, lelaki ‘hidung belang’ kini boleh melanggan gadis eskot dari Timur Tengah yang beroperasi di ibu kota.

Walaupun berstatus kelas atasan, jika bijak tawar-menawar gadis Arab terbabit boleh dilanggan pada harga serendah RM500 sehari, bukan sekadar teman berhibur, malah termasuk perkhidmatan seks.

Difahamkan, gadis eskot terbabit menjadikan kawasan elit di sekitar ibu negara sebagai markas dan mensasarkan pelancong asing kerana menganggap golongan berkenaan berpoket ‘tebal’ serta mampu ‘menyewa’ dua gadis serentak.

Hasil intipan dan tinjauan wartawan Harian Metro mendapati lima hingga lapan wanita keturunan Arab bertubuh gebu itu berkumpul di sebuah restoran elit untuk mencari pelanggan.

Kebiasaannya, mereka datang secara berkumpulan dan mudah dikenali melalui cara pemakaian agak seksi dan menggiurkan sambil duduk minum secawan kopi serta menjeling tajam ke arah pelancong asing yang lalu-lalang di hadapan restoran terbabit.

Sekiranya berminat, pelancong terbabit hanya perlu mengenyit mata kepada seorang daripada gadis berkenaan yang dianggap ketua kumpulan sebagai isyarat bersetuju menggunakan ‘khidmat’ mereka.

Gadis berkenaan kemudian membalas kenyitan mata lelaki hidung belang terbabit sebelum melebarkan senyuman sebagai tanda urus niaga bakal dijalankan.

Selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan harga yang ditawarkan ala bazar, gadis terbabit tanpa segan silu memaut tangan pelanggan umpama pasangan bercinta sebelum beredar ke tempat ditetapkan untuk berhibur dan seterusnya melakukan hubungan seks.

Kegiatan itu didedahkan seorang pelanggan tetap restoran elit berkenaan yang hanya mahu dikenali Razali, 40-an, ketika ditemui wartawan Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, gadis Arab eskot itu dipercayai beroperasi sejak lima tahun lalu dan berdasarkan pemerhatiannya, mereka menetap selama sebulan di negara ini sebelum merantau ke negara jiran.

“Melalui perbualan dengan seorang gadis bernama Zara, dia memberitahu mereka datang secara berkumpulan tidak kurang sembilan orang menggunakan visa ketika ketibaan (VOA) untuk tempoh sebulan.

“Apabila tempoh itu hampir tamat, Zara beritahu mereka akan diganti pula kumpulan gadis lain yang memasuki negara ini, sekali gus mengelirukan serta mengelak dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Razali berkata, kumpulan gadis terdahulu biasanya akan ke negara Asia berhampiran selama tiga bulan sebelum kembali semula ke Malaysia.

Menurutnya, kumpulan gadis terbabit biasanya mula berkumpul di restoran elit sekitar jam 9 malam dan kebanyakan pelanggan mereka pelancong dari Eropah.

“Ini kerana saya difahamkan pelancong terbabit akan mengambil dua wanita sekali gus untuk tujuan berhibur di ranjang, malah mereka (warga Eropah) juga berpoket lebat.

“Selain itu, mereka sering melanggan dua wanita untuk perkhidmatan gadis eskot selama 24 jam (sehari semalam),” katanya.

Kata Razali, alasan yang biasa diberi wanita terbabit untuk menjalankan aktiviti terkutuk itu ialah negara asal mereka begitu miskin dan terpaksa menyara kehidupan seharian kerana ketiadaan suami.

Menurutnya, gadis Timur Tengah berkulit putih gebu berambut perang itu sedia menurut segala kemahuan pelanggannya, malah ada pelanggan yang sanggup berhabis sehingga RM10,000 untuk mendapatkan khidmat profesional sosial mereka untuk tempoh seminggu.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s