Pelacur Thai layan lelaki asing hingga pengsan

PATTAYA – Polis Thailand menahan seorang pekerja seks tempatan, Parichat Thaisamak, 39, yang disyaki membubuh pil tidur untuk menyamun seorang lelaki rakyat Denmark, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.

Seorang pegawai penyiasat polis Pattaya, Leftenan Kolonel Poomipat Nampootta berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan semalam ketika suspek bersama mangsa datang ke sebuah bar di sini untuk minum dua botol minuman keras.

Beberapa pekerja premis itu dan pengunjung bar tersebut kemudian bertindak pantas menangkap Parichat apabila mereka melihat warga Denmark tersebut tiba-tiba pengsan di meja manakala wanita berkenaan dilihat seperti cuba melarikan diri.

Ketika sepasukan anggota polis tiba, mereka menemui dua paket kecil pil tidur dengan salah satu bungkusan daripadanya yang mengandungi enam biji ubat dipercayai sudah dibubuh ke dalam air minuman.

Parichat semasa disoal siasat mengaku telah memasukkan pil itu untuk menyamun warga Denmarik tersebut apabila mereka balik ke tempat penginapan namun dia menukarkan rancangan sebaik melihat lelaki berkenaan jatuh tidak sedarkan diri.

Suspek masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut manakala pihak polis merampas dua biji gelas dan botol minuman itu sebagai bahan bukti. – Agensi

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s