Kegemaran wanita kuat seks

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Kegemaran wanita kuat seks

  1. hi says:

    ap maksudnye gambar ini pakcik???

  2. pakcikli00 says:

    Makam Sultanul Aarifeen

    Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

    Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

    Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

    Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

    Tapak kaki Sultanul Aarifeen

    Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultanul Aarifeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.

    Perigi di kaki pulau

    Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

    Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

    Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

    Batu belayar

    Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ia terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.

    Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.

    Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ia terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.

    Batu Tengkorak

    Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

    Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

    Keramat Masin Tawar

    Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

    Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.

    Istana Bunian

    Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

    Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

    Perkampungan bunian

    Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.kawasan tersebut juga terdapat telaga dan tasik bunian. Telaga tersebut juga dipercayai merupakan telaga pertama di pulau hasil munajat pak syeikh bagi mendapatkan bekalan air tawar sehingga kini malah air tersebut juga apabila di minum amat menyegarkan.

    Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

    Baru-baru ini, dalam 5hb April,kawasan tersebut telah dibersihkan, tunggul-tunggul kayu dibakar kerana khabarnya “mereka” yang tinggal dikawasan tersebut telah berpindah ke pulau Sri Embun.Wallah Huaqlam

    Pokok disula

    Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.

    Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

    Tasik biawak

    Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.

    Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.[1]

    Batu Belah

    Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

    Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

    Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.

    Gua Yunus

    Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

    Keramat Ular

    Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.

    Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

    Makam Nisan Satu

    Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ia dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.

    Perigi Nenek Musallimah

    Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.

    Makam Syarifah Rodziah

    Wali perempuan ini sebenarnya bernama Syarifah Habsah, makam beliau terletak di pulau besar, berdekatan pintu masuk halaman menuju ke surau dan makam Sultanul Aarifeen. Syarifah Habsah adalah puteri iaitu anak perempuan Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail. Beliau sebenarnya mempunyai 3 orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Saudari kandung Syarifah Habsah ialah Syarifah Rodziah, dan makam Syarifah Rodziah terletak di Pekan Melaka.

    Batu Lesung

    Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut sepertimana yang terdapat di dalam gambar.

    Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ia terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya.

    Waalaikum musallam Pakciklioo !!!.Yang lain adalah betul tetapi tapi Syarifah Habsah bukan anak Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.Syarifah Siti Habsah atau Syarifah Siti Maimunah adalah isteri kepada Sayyid Ismail.Syarifah Maimunah adalah anak kepada Maulana Ishaq atau Maulana Mohamad Yusof Sidiq.
    ANAK MEREKA BERDUA INI ialah:
    1.Sayyid Ahmad Tajudin atau Ahmad Salim atau Ahmad Qadir atau Panglima Alang Daik Hitam atau Datuk Paduko Berhalo atau Tok Putih.
    2.Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah
    3.Syarifah Siti Zulaikha
    Saya pun tak tahu, dari mana mereka dapat yang mengata kan,Siti Habsah adalah anak Sayyid Ismail dan mengatakan MAKAM SYARIFAH RODZIAH ada di bandar Melaka.Makam Syarifah Rodziah terletak di hadapan Komplek Pemakaman Sultan Ariffin…Beliau ialah PENYAMBUT TETAMU Komplek Pemakamam Syeikh Sultan Ariffin.
    Syarifah Rodziah atau Syarifah Siti Sarah adalah KAKAK kepada Syarifah Siti Maimunah,dan Suami NENEK ini ialah Sayyid Ibrahim bin Sayyid Abdul Qadir iaitu abang kandung Syeikh Ariffin….Mereka berkahwin..abang kawin kakak..dan adik kawin adik…dalam bahasa Melayu di panggil KAWIN SERAI SERUMPUN.

    Panglima Hitam itu sebenar nya,TIDAK LAH HITAM…ADUHAI…dia orang ni macam macam di tulis nya ???.Panglima ini kulit nya putih,hidung mancung,macam arab dan memang arab pun, tinggi nya 7 kaki.Dan pakaian nya baju silat hitam tetapi kekadang berjubah putih.Nama Panglima Hitam ialah Datuk Adi Putra atau Sayyid Thanaudin.

    Panglima Hitam dan Panglima Lidah Hitam adalah orang yang BERBEZA.Panglima Hitam hidup pada tahun 1350-1510 m.Panglima Lidah Hitam,nama sebenar nya Sayyid Ahmad Khamal atau Zaharudin bin Sayyid Ahmad Khamil atau Panglima Daek atau Tok Kayo Hitam hidup pada tahun 1575-1696 m.Panglima Lidah Hitam ialah CICIT kepada Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail.

    Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail hidup pada tahun 1463-1520 m.
    Puteri Bunian itu seramai 7 orang dan Puteri Nilam itu nama sebenar nya Puteri Mayang Nilam Sari,puteri yang bungsu dari 7 adik beradik.Nama ayahanda dan bonda nya dan juga adik beradik nya,saya tidak di izin kan untuk beritahu pada umum …MAAF yer !!!.
    Ada lagi tempat seperti Batu Gajah,Gelanggang Silat Silat Fatimah,Batu Damar Wulan, Perigi Bunian dan Tasik Bunian.

    UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA !!!Makam yang di kata kan MAKAM NENEK KEBAYAN TIDAK ADA !!!!.Pertama kali saya ke Pulau Besar pada bulan Maulid tahun 1971…dan Makam ini memang tiada,Makam ini sebenar nya DIBUAT olih orang tertentu UNTUK KUTIP WANG !!!Itu sebab nya Penguat Kuasa MAIM, meroboh kan !!!.Seorang Ustaz MAIM pernah tanya pada saya, benar kah di situ ada makam,kata saya TIDAK ADA !!!.Tetapi Keramat Tempayan Pecah memang ada TETAPI TIDAK ASLI LAGI….Sebenar nya kalau kita nak ke Pulau Besar,carilah GUIDE yang memahami Sejarah Pulau Besar,jangan lah kita dengar cerita yang bukan bukan, yang akan menjadi kan cerita CARTON !!!…WASALLAM.

    Batu Gajah

    Gelanggang Silat Fatimah

    Batu Damar Wulan

    Perigi Bunian

    Tasek Bunian

    dan lain lain jika ada di Pulau Besar Melaka.

    BATU GAJAH
    Batu Gajah terletak di dalam kawasan Marina Resort.Kalau kita ke Resort ini memang terdapat batu yang betul betul serupa 2 ekor gajah.Mengikut cerita nenek saya batu ini terjadi disebab kan seorang puteri raja bersumpah tidak mahu berkawin dengan manusia kerana KECEWA CINTA.Tetapi entah bagaimana,satu hari beliau telah jatuh hati dan cinta pada seorang Panglima yang tampan !!!.Setelah itu mereka pun berkawin ke seberang(Pulau Besar).Dikata nya SUMPAH NYA tidak terjadi kerana seberang lautan.Sewaktu bersanding,mempelai ini menjadi Batu yang berbentuk gajah !!!.Dikata kan pada saya olih pengunjung pengunjung tempat ini lah yang PALING KERAS,di Pulau Besar..wallah hu.Bagi saya memang tempat ini keras,kerana ADA BATU.Saya pun tidak tahu pakciklioo..orang kata keras,tapi saya takder apa pun malahan DISINI DAPAT HADIAH LAK !!!.BUNTAT BIAWAK yang di pakai olih Raden Syarifah Normala itu dapat kat BATU GAJAH !!!.

    GELANGGANG SILAT NENEK SITI FATIMAH

    Gelanggang ini terletak di atas bukit paling selatan di Pulau Besar.Syarifah Siti Fatimah ialah isteri kesayangan Maulana Ishaq atau Maulana Mohamad Yusof As Siddiq.Nama lain Nenek ini ialah Puteri Cempaka Biru binti Sayyid Ali Nurul Alam.Bapa Puteri ini ialah seorang Panglima Perang yang bergelar PATIH ARIA GAJAH MADA.Dari Sayyid inilah menurunkan KETURUNAN SULTAN KELANTAN SEKARANG INI.Gelanggang ini di nama kan sempena Nenek Fatimah,kerana Nenek Fatimah banyak mengajar silat pada wanita khusus nya pada seorang SRIKANDI WANITA iaitu Al Syahid Syarifah Siti Zubaidah binti Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail dan juga Puteri Gunong Ledang.Jangan main main bib,keturunan saya yang perempuan memang handal bersilat…cuma saya jer yang di AJAR JURUS TAPAK SERIBU.!!!.

    BATU DAMAR WULAN

    Batu ini terletak sebelum makam 7 beradek.Raden Damar Wulan ialah nama asal nya Raden Abdul Qadir atau Pengeran Seberang Lor atau Pati Unus atau SULTAN ALAM AKBAR AL TSANI,Sultan Demak 2.Beliau SYAHID di Pulau Besar pada tahun 1521 m.Menurut cerita nenek saya,batu inilah tempat berehat DATUK KU ini.Gua YUNUS itu adalah tempat beliau Bersulok dan gelanggang silat Nenek Fatimah itu tempat beliau belajar silat..Belajar silat pun belajar juga,tapi tersangkut pun tersangkut juga.Bukan tersangkut apa,cuma tersangkut HATI pada Syarifah Siti Zubaidah.Jadi Al Syahid Pati Unus dapat 2 perkara semasa menuntut ilmu di Pulau Besar iaitu DAPAT ILMU YANG MANAFAAT DAN DAPAT SEORANG LAGI ISTERI YANG RUPAWAN.Syarifah Siti Zubaidah memang seorang yang cantik.Dalam ketiga tiga isteri Al Syahid Pati Unus, Syarifah Siti Zubaidah lah yang paling cantik,Puteri Gunong Ledang paling comel dan Puteri Ratu Mas Ayu paling rupawan.Jadi bagaimana kah itu ????.Bagi pendapat saya KETIGA TIGA NYA CANTIK.Saya tak dapat nak komen,bukan apa,saya cuma ada satu ISTERI !!!.

    PERIGI BUNIAN

    Perigi ini terletak di bawah Marina Resort dan bertentangan Pulau Hantu.Air nya memang paling jernih dan paling berkhasiat untuk AWET MUDA.Air nya paling nyaman tetapi sangat susah nak sampai,berpeloh ketiak dulu bib,baru bolih sampai.Dari Komplek Makam kita kena berjalan kaki selama 1 jam baru lah sampai.Jadi memang lah air nya nyaman dan sedap kerana dah penat dan letih baru dapat minum.Dah tu pula air tak dapat nak bawa banyak kerana tak siapa nak pikul,perjalanan balik,memakan masa i jam juga !!!.

    TASIK BUNIAN

    Tasik kecil ini terletak bertentangan Pulau Serimbun.Kawasan Tasik dan Perigi Bunian memang terletak di dalam Perkampungan Bunian.Menurut Sahabat saya kalau kita pergi malam hari,kalau nasib kita baik,kita akan nampak Bunian.Entah lah,saya tidak pernah pergi ke Tasik ini pada malam hari.Saya hanya pergi pada siang hari dan saya nampak Puteri Mayang Nilam Sari dan kekanda nya secara live,sedang menabur kan bunga semasa saya dan kumpulan saya mandi.Semua ahli kumpulan saya nampak kedua puteri itu tersenyum dimasa itu.Memang nampak bib,dan ada cara nya…nak tahu kena ikut saya ke Pulau itu.

    Dan satu lagi ialah DUYUNG.Di pulau Besar memang ada 3 ekor Duyung.Saya dan kumpulan saya nampak tapi tak sempat nak tangkap,kalau dapat tangkap hoii yoo muka depan surat khabar gambar saya keluar dan lepas tu terus ke lokap kerana tak mampu nak bayar denda.Bukan saya tak mahu tangkap,Duyung ialah spesis yang di lindungi…hai rm 10,000 denda bib kalau sesiapa yang tangkap duyung.Duyung memang jenis binatang yang pemalu dan takut kat manusia.Kata Duyung kat saya,kalau Karimon jumpa dia,memang lah SELAMAT !!!,itu belum lagi Wali Kudus yang jumpa !!!.Kata duyung kat saya,kedua mereka ini akan paksa duyung menangis kerana nak kan AIRMATA nya untuk menambah kan koleksi MINYAK PENGASIH !!!Kata duyung kat saya,kalau jumpa Tok Syeikh tak apa kerana saya memang selalu jumpa duyung….kerana selalu pergi ke Perigi Hang Tuah…dekat tempat yang bernama DUYUNG!!!…kah..kah..kah….wasallam.

    Saya sambung lagi pada tempat di Pulau Besar yang bernama Keramat Ular.Saya ceritakan berdasar peristiwa dan pengalaman saya pada tahun 2006 dulu.

    Pagi hari sabtu,tarikh dah lupa.Rombongan kami sedang berehat di Keramat Tempayan Pecah, seorang tua lelaki,berpakaian seluar,baju melayu dan kelihat baju nya lusoh.Lelaki itu dalam lingkungan umur 50 an memberi salam.kata nya.’Asalam mualaikum Pak Syeikh’.Saya jawap salam.’Walaikum mussallam,syeikh’.jawap saya.Kata nya’ Nenek Siti Fatimah,beritahu saya supaya Pak Syeikh dan rombongan naik ke gelnggang silat,dia nak bagi barang’.Bila dengar Nenek nak bagi barang dan suroh pergi ke gelanggang silat,dengan pantas saya dan yang lain terus mendaki bukit kecil.Memang untuk sampai ke gelanggang silat itu,kena daki sebuah bukit kecil yang tegak nya hampir 70 darjah…terjeler lidah bib.Dalam mengah mengah,nafas macam kerbau, kami pun sampai ke puncak bukit itu.Saya duduk sebentar dan lihat di tangan lelaki ini ada tersarung CINCIN BATU JARUM MAS.Saya minta.kata saya ‘Syeikh,berikan saya cincin itu ‘!!.Kata nya.’tak bolih,nenek tak beri !!!.Lepas itu dalam masa 5 minit,dia beri salam dan nak turun bukit itu.Jadi saya dan rombongan rehat atas bukit itu…tak sampai 5 minit dia naik semula dan berkata.’ya lah nenek kami berikan’.Saya pun hairan, kenapa pula Syeikh ni cakap bagitu.Sampai depan saya, dicabut nya CINCIN JARUM MAS itu,dan berkata.’Nenek beri kat anak perempuan awak jer cincin ini,tapi sangkar nya untuk awak’.Apalagi dengan pantas saya ambil dan terus beri kepada anak perempuan saya,Syarifah Siti Noramirah yang nama timangan nya MIMI.Kata saya.’Mimi, Nenek beri cincin jarus mas ini kat engkau’.Kata Si MIMI.’Al HAMDULILAH,terima kasih Nenek’.2kali Syeikh ini berpesan pada saya cincin itu untuk anak perempuan saya.Selepas itu Syeikh itu turun,selamba jer !!naik bukit pun selamba,turun bukit pun selamba…tanpa nampak kepenatan !!!.Setelah itu KAMI turun,dan mencari ‘PAK SYEIKH’ ini satu Pulau Besar tiada,..mana pulak Pak Syeikh ini pergi ???.
    Dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan,saya jumpa sahabat saya Imam Pulau Besar dan cerita kan peristiwa itu.Kata nya Pak Syeikh itu ada bawa ‘kepai ker’,saya kata ‘ada’.Kata imam itu’Pak Syeikh minta barang ker??.Kata saya ‘minta dan dapat cincin jarum mas’.Kata nya ‘Alhamdulilah’.Beliau menceritakan, dikawasan Keramat Ular,berhampiran Gelanggang Silat,jika terjumpa seorang lelaki,separoh umur,berbaju lusoh..kekadang baju biasa atau berjubah serta membawa ‘kepai’,kita minta lah apa apa,dan pasti di beri.Kata nya itu adalah ‘WALI’.Kalau anda tidak minta,wali itu tak akan beri !!!.Lepas imam,sahabat saya kata begitu,saya..kata’..mam sekali lagi aku jumpa Wali tu,dengan kepai kepai nya aku minta’.Kata nya’ woi, syeikh itu dah lebih tu,nanti orang lain tak dapat,kau dah sapu berseh’.Saya hanya ketawa…..Tapi bib !!! sampai sekarang,saya ke Pulau Besar berbelas kali dah,tapi ‘PAK SYEIKH’ itu saya tak berjumpa lagi.

    Yang saya jumpa selalu dan bercakap selalu ialah TOK WALI KUDUS…wasallam. KEPAI ialah beg sandang kat bahu,di buat dari mengkuang…..sekarang payah nak jumpa atau dah KEPUPUSAN.

    Wasalam.

  3. theva says:

    boleh ke roh nenek kebayan ni masuk seseorang badan utk menolong orng2 yg bermasalah?krna saya pun pernah ke pulau besar,dan saya rasa seseorang berada dalam badan saya dan pernah nampak rupanya dalam bentuk asap kemayan kat rumah saya.pernah beberapa kali menunjukan dirinya dalam badan saya.pada masa sedemikian..memang saya rasa satu kuasa gunakan diri saya utk memperkenalkn dirinya…nenek kebayan.adakah ini benar atau pun halusi?tq.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s