110 budak dirogol dan diliwatnya hingga maut

MEREKA bukan saja didera secara seksual bagi memuaskan nafsu, malah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila badan disiat dan dibelah secara hidup-hidup sebelum ditanam di satu kawasan pembuangan sampah.

Dikenali sebagai Raksasa Andes, Lopez dipercayai memerangkap semua mangsa ke tempat sunyi menggunakan gula-gula, duit dan mainan bagi memudahkannya menculik kanak-kanak yang menjadi sasaran utamanya.

Sebaik diculik, mereka dibawa ke rumahnya di sebuah kawasan terpencil di kawasan pembuangan sampah terbiar berhampiran hutan untuk dijadikan hamba seks, termasuk dirogol dan diliwat beberapa kali selama beberapa hari.

Selepas puas dengan mangsa, mereka terpaksa menanggung azab yang teramat sangat apabila tubuh disiat sedikit demi sedikit setiap hari menggunakan pisau pemotong daging.

Jemu dengan permainan itu, Lopez kemudian bertindak membelah perut kanak-kanak berkenaan secara hidup-hidup sebelum menimbus mereka yang mengerang kesakitan ke dalam lubang yang digali tanpa perasaan belas kasihan, sekali gus menamatkan riwayat mangsa.

Berdasarkan pengakuan Lopez ketika ditangkap polis Ecuador, kisah pembunuhan yang dilakukan dilaporkan bermula pada Julai 1969 apabila dia yang berjalan sendirian di sebuah lorong didatangi seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Tami, 9, yang meminta supaya diberikan duit bagi membeli makanan.

Namun, Lopez dikatakan mengajak kanak-kanak itu pulang ke rumahnya dengan alasan untuk mengambil duit sebelum mangsa dirogol di kediaman berkenaan.

Bimbang perbuatannya diketahui orang, lelaki terbabit bertindak mengurung Tami dengan mengikat kaki, tangan serta mulut kanak-kanak itu bagi mengelakkannya lari.

Sepanjang tempoh dikurung, Tami mengalami penderitaan yang amat sangat apabila dirogol beberapa kali sehingga pengsan selain diliwat.

Dua hari menjadi mangsa nafsu serakah lelaki gila seks berkenaan, akhirnya Tami maut selepas mengalami pendarahan yang banyak akibat dirogol dan diliwat secara ganas oleh Lopez.

Mayatnya ditanam berhampiran kawasan sampah berdekatan dan sejak itu bermula jenayah ganas Lopez yang mensasarkan kanak-kanak perempuan sebagai hobi barunya.

Lopez semakin berani bertindak dengan lebih kejam apabila sanggup membelah tubuh kanak-kanak yang menjadi mangsanya dalam keadaan masih hidup tanpa rasa belas kasihan.

Ia memang menyeronokkan dan tidak tahu pula kanak-kanak lebih hebat berbanding wanita dewasa.
Ia satu penghormatan bagi kanak-kanak berkenaan kerana memilih mereka sebagai teman di ranjang dan mati di tangan saya daripada mati dalam hidup yang penuh penderitaan, katanya.

Bagaimanapun, selepas 11 tahun hidup melakukan ratusan pembunuhan tanpa berjaya dikesan pihak berkuasa, jenayahnya terbongkar selepas dia yang ketika itu mabuk mencabar seorang anggota polis menangkapnya sebelum mengakui melakukan ratusan pembunuhan.

Akibat keceluparan mulutnya, sepasukan polis dihantar menyiasat kawasan rumah Lopez sebelum menemui puluhan cebisan baju kanak-kanak yang dipenuhi dengan kesan darah yang sudah kering disorok di bahagian bawah katil.

Penemuan cebisan kain itu menyebabkan satu pasukan forensik yang turut menggunakan anjing pengesan dihantar ke rumah Lopez, yang akhirnya menemui berpuluh kubur mengandungi tulang manusia serta 53 mayat kanak-kanak yang reput, termasuk dua mayat yang baru seminggu dibunuhnya.

Lopez didakwa atas kesalahan membunuh kelas pertama, namun disebabkan analisis pihak hospital yang mengesahkan dia mengalami gangguan mental dikenali sebagai pedophilia, dia cuma ditahan di Hospital Mental di Bogota, Colombia.

Ketika ditahan, Lopez mengaku melakukan lebih 300 pembunuhan, di mana 110 dilakukan di Ecuador manakala selebihnya di Peru dan Colombia.

Selepas 18 tahun dikurung bagi mendapatkan rawatan akibat penyakit mental dihidapinya, Lopez akhirnya dibebaskan selepas ujian dilakukan pihak hospital mendapati dirinya sudah pulih daripada pedophilia.
Pada 2002, Lopez sekali lagi menjadi buruan apabila satu pembunuhan kanak-kanak dilaporkan di sebuah pekan kecil di Colombia.

Polis mengenal pasti corak pembunuhan itu mirip dengan jenayah dilakukan Lopez di mana mangsa bukan saja dirogol dan diliwat, malah turut disiat dan dibelah perutnya.

Cuma yang berbeza adalah mayat kanak-kanak berkenaan tidak ditanam, sebaliknya dibiarkan sehingga reput.

Gerakan pemburuan Lopez dikerah hingga memaksa dilaporkan kepada unit Interpol bagi mengelak dia melarikan diri ke negara lain.

Sehingga kini, usaha mengesan Lopez menemui jalan buntu selain ada yang mengatakan lelaki terbabit mungkin sudah mati memandangkan usianya yang tua, namun kisah jenayah dilakukannya tetap menjadi igauan ngeri penduduk di Ecuador, Colombia dan Peru.

>Info
NAMA: Pedro Alonso Lopez atau dikenali sebagai raksasa Andes
USIA: 62 tahun
LAHIR: 8 Oktober 1948 di Santa Isabel, Colombia
FAKTA KES: Didakwa melakukan 110 pembunuhan membabitkan kanak-kanak perempuan di Ecuador, sekitar 1969 hingga 1980, dan dipercayai turut terbabit dengan misteri kehilangan 240 kanak-kanak sekitar Colombia dan Peru
STATUS KES: Pedro Alonso Lopez masih menjadi orang buruan pihak Interpol selepas dibebaskan dari Pusat Rawatan Mental di Bogota, Colombia pada 1998 apabila dipercayai terbabit dalam satu kes pembunuhan pada 2002

Sumber : Harian Metro

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s