Ayam tua untuk lelaki kemaruk seks

Sukar untuk bersaing mencari pelanggan pada waktu malam menyebabkan segelintir pelacur berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun dikesan menjadikan beberapa lorong di Jalan Wong Ah Jang di sini sebagai tempat mencari rezeki dengan menjual tubuh pada siang hari.

Mereka atau lebih sinonim dengan panggilan ‘ayam tua’ boleh dilihat berkeliaran di sekitar kawasan terbabit dan di lorong belakang bangunan seawal jam 11 pagi dengan harapan mendapat perhatian pelanggan ‘kemaruk seks’.

Tinjauan Edisi Timur sempat merakamkan gelagat beberapa wanita terbabit yang sering memandang setiap kenderaan yang melalui hadapan mereka.

Malah ketika tinjauan di belakang sebuah lorong yang kotor dan berbau busuk, kelihatan seorang pelacur berusia lingkungan 40-an sibuk menghias mukanya dan sekali-sekala melihat kenderaan yang melalui lorong berkenaan sambil melemparkan senyuman penuh harapan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, penulis yang menyamar sebagai pelanggan menghampiri wanita terbabit untuk bertanyakan berapa harga untuk perkhidmatannya.

Wanita terbabit kemudian memaklumkan RM50 bagi khidmatnya, tetapi bersedia mengurangkannya kepada RM40 selepas tawar-menawar.
Ditanya di mana tempat untuk melakukan ‘projek’, wanita terbabit berkata, bilik disediakan di bangunan rumah kedai berhampiran.

Melihatkan wanita terbabit semakin beriya-iya, penulis memberi alasan mahu mengeluarkan wang di bank sebelum beredar dan meninggalkan wanita terbabit.

Seorang peniaga restoran berhampiran yang ditemui berkata, kawasan terbabit sememangnya menjadi lokasi aktiviti tidak bermoral.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan berkata, penduduk di bandar ini memang mengetahui Jalan Wong Ah Jang di sini menjadi lokasi pelacuran, selain banyak pusat hiburan dan juga karaoke di sekitarnya sehingga menjadi tumpuan pelbagai umur tidak kira golongan remaja atau dewasa untuk berhibur.

“Apa yang lebih mendukacitakan, bukan saja pada sebelah malam ada aktiviti pelacuran, tapi juga pada waktu siang.

“Pihak berkuasa terutama jabatan agama perlu melakukan pemeriksaan lebih kerap supaya aktiviti ini tidak berleluasa.

“Malah berhampiran kawasan ini juga, ada sekolah rendah dan kita tidak mahu anak kita sama ada yang pergi atau pulang ke sekolah terdedah kepada aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Raffli Abdul Malek ketika dihubungi berkata, pihaknya menghadapi sedikit kesukaran sama ada untuk melakukan penguatkuasaan atau tangkapan membabitkan pelacur.

Katanya, pihaknya memerlukan bukti yang kukuh termasuk berlaku tawar menawar sebelum pelanggan dibawa ke lokasi sama ada bilik ataupun rumah.

“Kita tidak boleh tangkap begitu saja kerana memerlukan bukti kukuh.

“Berikutan itu, kami memerlukan maklumat dan aduan yang lebih daripada masyarakat, supaya apa jua aktiviti maksiat dapat dicegah,” katanya. ~~BH

Perihal Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s