Jalang adalah wanita seks kekayaan dan nafsu

Wanita, seks, kekayaan dan nafsu menjadi pokok kepada isu yang ingin dikupas dalam filem terbaru berjudul Jalang ini. Melihatkan kepada filem ini, tidak mustahil kontroversi akan terus menyelubunginya, tambahan pula ia menampilkan aksi berani pelakon baru Yasmin Khanif.

Walaupun pernah menawarkan watak Maria kepada Fasha Sandha, Fazura, Amber Chia dan Janet Khoo namun menurut penerbitnya, mereka ingin menampilkan satu heroin baru dalam industri perfileman negara.

“Saya rasa Yasmin paling sesuai dengan watak ini. Lagipun kalau Fasha yang berlakon tentu orang pun tak kisah jika terdedah sana sini sebab orang dah biasa lihat dalam filem lain,” ujar penerbit, Imran Ismail berhubung pemilihan pelakon.

Filem yang menurut penerbitnya diterbitkan untuk menimbulkan keinsafan terhadap kerjaya Jalang yang telah wujud sejak zaman Rasulullah saw lagi. Namun sejauh manakah matlamat tersebut dicapai?

Jika dilihat kepada filem ini, ia hanya sekadar sebuah filem untuk tontonan dewasa dengan menggunakan judul kontroversi untuk menarik penonton ke pawagam melihatnya.

“Jalang bukanlah eksploitasi wanita atau seks, kita hanya ingin mengupas maksud jalang itu sendiri dan mengubah perpepsi masyarakat mengenainya. Lagipun jarang sekali produser di Malaysia menghasilkan filem seperti ini.

“Jika filem ini kontroversi, mustahil kami dapat kelulusan bersih daripada FINAS tanpa sebarang pemotongan. Filem ini keseluruhannya dijalankan di Langkawi dalam usaha mempromosikan Langkawi menerusi filem.” ujar Imran lanjut.

Filem ini turut menampilkan Hairee Othman, Helmi Husaini, Maria Farida dan Redzuan Hashim.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Jalang adalah wanita seks kekayaan dan nafsu

  1. serasi says:

    wanita jalang apa wanita ilalang..
    Prediksikan Hari kematianmu?

  2. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    mungkin kita lebih teruk dari mereka kerana nak memberi salam pun tak tak tau bila memulakan bicara, yang pandai asyik nak menghukum kejadian yang dinyatakan Allah swt.untuk kita lebih mengenaliNya. Begitulah zalimnya manusia terhadap dirinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s