4,000 kanak kanak di Malaysia terjebak pelacuran



4,000 kanak-kanak terjebak pelacuran
Oleh Nasron Sira Rahim

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun adalah antara
lebih 4,000 kanak-kanak yang dikesan terbabit dalam kegiatan pelacuran
di seluruh negara.

Kajian lima tahun oleh pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Lukman @ Zawawi Muhammad Lukman
mendapati, usia ‘bapa ayam’ atau individu yang mengawal pelacur
kanak-kanak juga semakin muda iaitu antara 18 hingga 20 tahun.

Kajian bertajuk `Kanak-kanak Dalam Pelacuran’ turut menemui kes
pelacuran yang diwarisi sesebuah keluarga selama tiga generasi sejak
sebelum merdeka iaitu daripada ibu kepada anak dan seterusnya kepada cucu.

Lukman, dalam satu pertemuan dengan Berita Minggu, berkata kajian yang
dilakukannya di seluruh negara itu juga menemui kes seorang ibu
menyuruh anak perempuannya berusia 11 tahun melakukan hubungan seks
kali pertama bersama teman lelakinya.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,315 kes
kanak-kanak berusia bawah 18 tahun terbabit dalam pelacuran antara
1995 hingga 1999. Jumlah itu adalah kes yang berjaya diselamatkan.

“Jumlah yang gagal diselamatkan dipercayai lebih ramai lagi.
Kebanyakan kisah pelacur kanak-kanak ini sangat sedih. Mereka tidak
meminta menjadi pelacur tetapi dipaksa termasuk ibu mereka yang juga
pelacur.

“Pernah saya menangis dua hari dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja
kerana mendengar kisah pelacur kanak-kanak ini,” katanya.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Rafek Reshidullah ketika diminta mengulas
hasil laporan itu mengakui ada kes pelacuran membabitkan remaja bawah
18 tahun, tetapi tidak seawal usia sembilan tahun.

“Setakat ini, belum ada kes kanak-kanak berusia sembilan tahun
terbabit dalam pelacuran dirujuk kepada JKM, tetapi di rumah
perlindungan ada yang berusia 14 tahun ke atas. Kami berharap dapat
berkongsi maklumat dengan UKM hasil kajian itu,” katanya ketika
dihubungi di sini, semalam.

Rafek berkata, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan
untuk kes membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun sama ada penderaan,
penderaan seksual, kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran.

Menurut kajian itu juga kebanyakan kanak-kanak terbabit bukanlah
daripada keluarga miskin tetapi sederhana yang mana ibu bapa mereka
memiliki pekerjaan stabil di bandar.

“Bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak lagi bersekolah, tercicir
daripada sistem persekolahan dan meninggalkan alam persekolahan pada
usia antara 12 hingga 15 tahun. Ada antara mereka melacur dengan
bayaran serendah RM10,” kata Lukman.

Faktor utama mendorong kanak-kanak itu menjadi pelacur adalah
kepincangan dalam keluarga seperti berlakunya aktiviti keganasan rumah
tangga, perceraian, penderaan, kurangnya kasih sayang kepada anak-anak
selain gangguan seksual terhadap kanak-kanak seperti rogol dan cabul.

“Apabila kanak-kanak kurang mendapat kasih sayang, dan menjadi mangsa
penderaan emosi atau fizikal, ada pihak menawarkan kasih sayang kepada
mereka sehingga terjerumus dalam kegiatan negatif seperti dadah
seterusnya pelacuran,” katanya.

Kajian itu turut mendedahkan lelaki yang melanggan pelacur kanak-kanak
adalah daripada pelbagai golongan termasuk profesional. Turut dikesan
melanggan mangsa

ialah penganggur, pemandu teksi serta lelaki bujang dan yang sudah
berkahwin kerana menganggap pelacur kanak-kanak sebagai objek seks.

Lukman menyarankan lelaki yang menjadi pelanggan perlu dibawa ke muka
pengadilan, sebaliknya kanak-kanak terbabit tidak wajar dihukum
masyarakat dan dipandang hina.

Beliau kesal kerana masyarakat memandang hina golongan itu tanpa cuba
memahami dan membantu mereka kerana tiada kanak-kanak yang meminta
dijadikan pelacur.

“Kanak-kanak ini membesar dengan psikologi tidak normal kerana sejak
kecil terdedah dengan tontonan terhadap perlakuan negatif, antaranya
daripada ibu bapa yang bercerai, keganasan rumah tangga dan penderaan
termasuk penderaan seksual.

“Kerosakan psikologi kanak-kanak ini menyebabkan kelumpuhan psikologi
dan mereka cenderung melakukan aktiviti dan tingkah laku yang
merosakkan diri mereka sendiri sepanjang membesar,” katanya.

FAKTA
Kajian pelacur kanak-kanak

# Membabitkan 63 responden antara sembilan hingga 18 tahun.

# Lebih 80 peratus daripada mereka tidak bersekolah, mangsa penderaan
(fizikal, emosi dan seksual seperti rogol dan cabul), memendam
kemarahan, pernah melarikan diri dari rumah.

# Lebih 70 peratus adalah mangsa perceraian ibu bapa, keganasan rumah
tangga, terdedah kepada seks oleh orang yang mereka kenali,
menjalankan aktiviti pelacuran dengan kawalan pihak tertentu.

# Lebih 60 peratus mengambil alkohol dan dadah sebagai cara melupakan
penderaan ketika pelacuran, tidak menggunakan alat pencegah hamil
ketika melayan pelanggan.

# Antara 40 hingga 60 peratus mengaku melayan enam hingga 10 lelaki
setiap hari, melacur setiap hari.

http://www.bharian. com.my/m/ BHarian/Sunday/ Mukadepan/ 20061125234331/ Article/

P/s ; bagaimana nasib kanak-kanak malaysia menjelangtahun 2020??

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s