Kemaluan palsu ditemui di sarang pelacur


PETALING JAYA: Kelicikan sebuah pusat pelacuran yang beroperasi sejak dua tahun lepas di tempat letak kereta sebuah hotel terkenal di Subang Jaya di sini berakhir hari ini, apabila pihak berkuasa itu menahan lapan wanita tempatan berusia antara 21 dan 44 tahun.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang, yang diketuai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu, seorang lelaki berusia 40 dipercayai pelanggan, turut ditahan.

Penolong Pegawai Penguatkuasa MPSJ Ainol Salnie Salim berkata ketika serbuan, kesemua wanita itu yang terdiri daripada enam wanita Melayu dan dua Cina, sedang memberi perkhidmatan seks kepada lapan pelanggan.

Tujuh daripada pelanggan mereka bagaimana pun sempat melarikan diri.

“Premis ini yang beroperasi dari basement hotel, menggunakan lesen perniagaan untuk pusat kecantikan dan urut yang telah tamat tempoh.

“Kami mendapat maklumat bahawa premis ini telah disalahguna dan selepas intipan selama dua minggu oleh pihak polis, kami membuat serbuan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.

Dalam serbuan itu yang turut disertai pasukan polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihak berkuasa menemui kondom yang belum dan telah digunakan, alat kemaluan lelaki dan wanita palsu, dan pelincir dalam 29 bilik di premis tersebut.

Ainol berkata MPSJ akan mengesan pemilik premis tersebut yang boleh didakwa mengikut Undang-undang Kecil Rumah Urut 1998.

Sementara itu, jurucakap Jais berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap enam wanita Melayu yang ditahan dalam serbuan itu mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. BERNAMA

Perihal pakcikli00

Saya adalah dukun asmara
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s