pakcikli00











{19 September 2009}   Selamat Hari Raya Aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri



Ahmad Nizam mengatakan:

Salaaam. Uikkss, baru sahaja ambe nak komen atas video Allahyarham P Ramlee, tetiba ada kad raya ni. KOmen di sini saja la hehe

Wahai pok cik, ambe mintak ampun dan maaf andai ada salah silap selama ning. Semoga segala amal kebaikan kita selama ni dimakbulkan oleh Allah S.w.t.

Minal a’idin wal fa’izin, Salam Aidil Fitri 1430H bersamaan 2009 Masehi. Taqobbalallahu minkum :)



pakcikli00 mengatakan:

Waalaikumusalam

Sebenarnya pakcik selalu teringat anakanda, bila pakcik rindu pakcik akan layari weblog anakanda dan mendapat info yang unik. Pakcik juga memohon ampun dan mnaaf dan sekali lagi menucapkan selamat hari Raya maaf zahir batin terima kaseh salam hormat.



cheryna mengatakan:

“Sungguh cantik kain pelekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Hari raya semakin dekat,
Silap dan salah mohon dimaafkan.”

Selamat Hari Raya Aidilfitri.



pakcikli00 mengatakan:

Asalamualaikum

Selendang dari sutra batik
warna bintang bergemelapan
senang rasa hati pakcik
Cheryna datang bermaafan

Terima kaseh selamat Hari Raya
maaf zahir batin.



Siti Fatimah Ahmad mengatakan:

Assalaamu’alaikum..

Maaf Pakcikli00 kerana baru berkunjung tika takbir sudah lama berkumandang di ruang angkasa, sekadar ingin menyampai salam dan pesan juga khabar di Aidil fitri yang menggembirakan ini.

Sebening air wudhu’ ditatah
sesuci kitabbullah di hayati
semerdu alunan zikir disebut
seindah solat yang didirikan
setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam.
Andai bicara tidak dapat disambut
Jika wajah tidak sempat ditatap
Bukalah pintu maaf buat saya.
Dengan kemaafan dari hati yang dalam..

Saya ingin mengucapkan Selamat hari raya. Maaf zahir dan bathin. Salam Aidil Fitri buat Pakcikli00 dan keluarga di sana. Terima kasih atas segalanya. Salam hormat dari Sarikei, Sarawak.



pakcikli00 mengatakan:

Waalaikumusalam

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Terima kaseh untuk segala galanya

Salam hormat.



Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

dan sebagainya
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 45 other followers